INOVASI TAHUN 2015
JAM HAID
Inovasi
ini merupakan alat bantu mengajar yang boleh digunakan oleh guru sains
tingkatan 3 dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Inovasi ini diberikan nama
Jam Haid. Jam Haid digunakan untuk mengajar kitar haid dalam topik sains
tingkatan 3. Berdasarkan pengalaman mengajar lebih 10 tahun, setiap kali
apabila mengajar kitar haid, guru menghadapi masalah sebab murid kurang faham
dan tidak dapat menggambarkan (visualize)
kitar haid. Murid lelaki lebih sukar hendak memahami kitar haid sebab tidak
mengalaminya berbanding murid perempuan. Walaupun gambar kitar haid dalam buku
teks disediakan dan ada dalam cd, namun murid tidak dapat hands on dengan bahan tersebut. Berikutan masalah yang dihadapi,
tercetus idea untuk menghasilkan Jam Haid bagi membantu murid dalam proses pengajaran
dan pembelajaran. Jam Haid mengandungi gambar, nota dan boleh dikendalikan oleh
murid dalam kelas. Jam Haid mudah digunakan dalam kelas dan menggalakkan penglibatan
murid secara aktif. Kos penghasilan tidak banyak sebab menggunakan bahan kitar
semula. Jam Haid memberikan impak kepada prestasi murid. Dapatan daripada ujian
pra dan ujian pos menunjukkan, berlaku peningkatan markah. Hasil borang
refleksi menunjukkan murid setuju Jam Haid membantu mereka memahami kitar haid
dan menarik minat belajar kitar haid. Penggunaan Jam Haid akan diperluaskan
lagi di peringkat sekolah dan peringkat negeri kerana mendatangkan kesan
positif.
Objektif Inovasi
a)
Membantu murid memahami kitar haid.
b)
Menarik minat murid belajar kitar haid.
Kumpulan Sasaran - Murid tingkatan 3