SELAMAT DATANG

VISI GURU CEMERLANG SAINS

Semua pelajar di SMK Pantai cemerlang dalam matapelajaran Sains Tahun 2015.

MISI GURU CEMERLANG SAINS

Saya sebagai Guru Cemerlang Sains, sentiasa komited dan berusaha untuk mencemerlangkan akademik pelajar berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

MOTO GURU CEMERLANG SAINS

Pelajar Didahulukan, Kecemerlangan Diutamakan.

I did it and still improving it.
You can do it.
I will help you to do it.

Tuesday, December 27, 2011

Gambar kenangan bersama 3 Jed 2011










Gambar kenangan bersama 3 Topez 2011












Tahhiah!!!!! SMK Pantai cemerlang dalam PMR 2011.

Syabas kepada semua calon PMR 2011 di SMK Pantai atas kejayaan dalam PMR 2011. SMK Pantai menjadi sekolah ketiga terbaik di W.P. Labuan dengan peningkatan dalam  PERATUS LULUS , 74.12% & GRED PURATA SEKOLAH , 2.69. Tahniah.......& Terima kasih ...................kepada semua guru yang bertugas tanpa mengenal penat  dan kakitangan sokongan atas bantuan yang dihulurkan.

       Panitia Sains telah memperolehi kejayaan yang besar dalam PMR 2011. Kami telah melahirkan pelajar dengan bilangan A yang paling ramai tahun ini, sebanyak 61 orang, 46 orang mendapat B, 58 memperolehi C dan 58 mendapat D. Sayangnya sebanyak 5 orang pelajar gagal m/p Sains. Walaupun peratus lulus jatuh sedikit kepada 97.81%. namun GRED PUTARA telah meningkat kepada 2.56. Syabas kepada semua ahli panitia Sains.

      Saya sebagai guru cemerlang telah diamanahkan mengajar dua kelas tingkatan 3 iaitu 3 TOPEZ ( Kelas Rancangan Khas)  dan 3 JED ( Kelas yang paling hujung ). Tugas mengajar telah saya laksanakan dengan ikhlas hasil kerjasama yang erat dengan pelajar. 

        Keputusannya SEMUA PELAJAR 3 TOPEZ MENDAPAT   A  UNTUK SAINS. First time , all the 3  Topez students scored A for my subjects. Tangisan kegembiraan untuk mereka. 

       TIDAK DILUPAKAN selaku ibu (guru kelas  3 JED) semua pelajar 3 Jed telah lulus matapelajaran sains. Inipun kali pertama kelas yang paling hujung telah memperoleh keputusan yang cemerlang untuk sains. Seorang pelajar 3 Jed, AK Syah Amir telah memperolehi A untuk sains dari kelas 3 Jed. Seramai 2 pelajar mendapat B, 10 pelajar mendapat C dan 10 pelajar mendapat D untuk sains dari kelas 3 Jed. Cikgu sungguh bangga menjadi guru kelas 3 Jed.

        Terima kasih kepada semua pelajar saya, yang sentiasa mengikuti arahan, mendengar nasihat dan menyayangi saya. Tahniah kepada anda sekali lagi.

Saturday, July 9, 2011

SMK Pantai Johan Pertandingan Petro Sains 2011

Hebat....... dan........Congratulations ..... kepada Raja Amirul Haiqal dan Ellen Joy dari kelas 3 Topez yang menjadi johan dalam pertandingan 'PETROSAINS SCIENCE SHOW COMPETITION 2011' anjuran Petronas pada 21 April 2011. Pelajar ini telah dibimbing oleh Pn Kalpana A/P Maniam. Tajuk eksperimen kami ialah 'Blow it up', berkaitan tindak balas peneutralan. Raja Amirul Haiqal dan Ellen yang menjadi Johan di peringkat W.P. Labuan akan mewakili W.P. Labuan  ke peringkat kebangsaan pada 26 hingga 29 Julai 2011 di Kuala Lumpur. Terima kasih kepada sokongan semua warga SMK Pantai. We will try out very best at national level. Hope our effort and prayers will be answered in fruitful way.  All the best.........................



SMK Pantai Johan pertandingan Scientist Muda 2011

Tahniah kepada pelajar bernama Mohd Azmir dan Mohd Najib dari kelas 3 Topez yang menjadi johan dalam pertandingan Scientist Muda peringkat W.P. Labuan dalam karnival Sains & Teknologi. Pelajar ini telah dibimbing oleh saya sendiri. Kedua-dua pelajar ini bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dan tekad. Selama seminggu kami telah berlatih untuk menghadapi pertandingan ini pada 28 Jun 2011. 

Kejayaan ini sangat bermakna kepada kami di SMK Pantai.

Saturday, May 21, 2011

Selamat Hari Guru

Salam 1 Malaysia. Selamat Hari Guru kepada semua guru di Malaysia. 
                                               'Guru Penjana Transformasi Pendidikan'.

Perkhidmatan dan sumbangan guru diperlukan untuk melahirkan sumber tenaga yang berkualiti. 
                                     Terima kasih Guru.

Saturday, April 16, 2011

Bengkel Teknik Menjawab Soalan Sains PMR Tahun 2011

Pada 12 April 2011, Panitia Sains SMK Pantai telah mengadakan Bengkel  'Teknik Menjawab Soalan Sains PMR'. Ceramah diberikan oleh Pn Lee, guru Sains dari SMK Mutiara. Bengkel ini berlangsung dari 7.00 pagi hingga 11.00 pagi. Kumpulan pelajar yang terlibat dalam bengkel ini ialah pelajar 3 Topez, 3 Zamrud dan 3 Delima. Kumpulan ini merupakan golongan pelajar cemerlang. Slot pertama di bengkel ini, penceramah memperkenalkan jenis-jenis soalan yang ditanya dalam PMR. Soalan ini terdiri daripada pengelasan, inference, menyatakan ciri, perbezaan, mengukur, melukis graf, mendefinisi secara operasi, meramal, pemerhatian dan menyatakan pembolehubah. Slot kedua, pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan dengan 2 fasilatator bertugas ; Pn Kalpana dan Pn Juraidah. Pada slot ini pelajar diberikan pelbagai soalan berbeza yang meliputi semua topik menengah rendah. Pelajar mendengar dengan baik dan memberikan respons positif sewaktu bengkel berlangsung. Pelajar memberikan kerjasama yang sangat baik. Pelajar berusaha menjawab semua soalan dalam sesi latih tubi dengan bertanya kepada guru. Terima kasih kepada Pn Lee atas bengkel yang sungguh efektif dan Panitia Sains. Cikgu berharap semua pelajar yang mengikuti bengkel ini memperolehi keputusan yang cemerlang dalam PMR.

Saturday, March 26, 2011

KEM KECEMERLANGAN PELAJAR PMR DAN SPM TAHUN 2011

Kem Kecemerlangan pelajar PMR dan SPM tahun 2011 telah dianjurkan oleh Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Labuan. Kem ini diadakan pada 25 Mac hingga 27 Mac 2011. Kem ini bertujuan untuk meningkatkan prestasi pelajar yang mempunyai harapan untuk lulus PMR dan SPM. Semua guru cemerlang di W.P. Labuan terlibat secara langsung dalam kem ini. Setiap sekolah menengah menghantar seramai 10 orang pelajar untuk menyertai kem ini. Seramai 70 orang pelajar PMR dan 80 orang pelajar SPM terlibat dalam kem. Semua pelajar dibahagikan kepada 5 kumpulan, untuk 5 matapelajaran PMR dan SPM.

     Saya sebagai Guru Cemerlang Sains turut terlibat dalam kem ini. Saya menyediakan modul untuk ' drill ' 10 kemahiran proses Sains. Saya sebagai penceramah subjek Sains untuk kem ini. Saya memberikan ceramah untuk kesemua 5 slot yang disediakan. Slot 1 (8.30-10.30), Slot 2 (11.00-1.00), Slot 3 (2.00-4.00), Slot 4 (8.30-10.30) dan Slot 5 (8.30-10.30). Kesemua 4 slot diadakan pada 26/3/2011 dan slot 5 pada 27/3/2011. Saya juga membincangkan soalan yang perlukan pelajar untuk melabel gambar rajah dan soalan padankan fungsi.

      Saya sungguh gembira dan bangga  untuk diberi peluang untuk menyumbang tenaga dalam kem ini. Saya berjaya membincangkan semua lembaran kerja dan modul KPS. Pelajar menunjukkan minat yang tinggi sepanjang kem ini. Tahniah. Pelajar juga menunjukkan kesungguhan dan semangat inginkan ilmu. Pelajar mendengar dan melengkapkan lembaran yang diberikan dengan baik. Disiplin pelajar sangat terkawal.
     
      Saya mendoakan semoga semua pelajar yang mengikuti kem ini berjaya dalam PMR dan SPM dengan cemerlang. Syabas  kepada Jabatan Pelajaran W.P. Labuan untuk berjaya menganjurkan Kem Kecemerlangan PMR dan SPM. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.

Sunday, March 20, 2011

Program '10 STAR KPS'

Salam 1 Malaysia. Vanakam. 
Kajian Tindakan saya pada tahun 2011 ialah MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS DALAM KALANGAN PELAJAR 3 JED MELALUI PROGRAM ; '10 STAR KPS'.
Kajian saya berfokus kepada 10 jenis kemahiran proses sains . Fokus utama saya ialah bagaimana hendak meningkatkan penguasaan kemahiran proses sains sebagai satu langkah menguasai kemahiran menjawab soalan kertas 2 sains dalam PMR demi meningkatkan pencapaian keputusan peperiksaan PMR 2011.

Objektif  kajian tindakan:
  • Memastikan pelajar memahami kehendak soalan dan menjawab ikut skema betul
  • Mengenalpasti kemahiran proses sains
  • Meningkatkan keyakinan diri pelajar
  • Memupuk minat terhadap matapelajaran sains
Kajian tindakan saya masih sedang berjalan.
Perkara yang telah selesai ialah:
  1. Pre Test
  2. Sesi Motivasi
  3. Bengkel Program 10 STAR KPS
  4. Lembaran kerja
Post Test akan berlangsung pada minggu hadapan.
Terima kasih. Jumpa lagi. Komen anda dialu-alukan.

Friday, March 11, 2011

Selamat Bercuti

Salam Satu Malaysia. Selamat bercuti kepada semua warga SMK Pantai. Kepada semua guru gunakan masa ini untuk merehatkan minda dan membuat perancangan baru untuk pelajar. Kepada semua pelajar gunakan masa ini untuk mengulangkaji. Kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PMR dan SPM gunakan masa ini secara bijaksana dan terancang. Buatlah banyak pembacaan dan latihan koleksi soalan tahun lepas.
Ingat ....................................MASA  ITU  EMAS.

Sunday, March 6, 2011

Program Tahun 2010

Saya ingin berkongsi program yang telah dijalankan sepanjang tahun 2010. Program ini sebenarnya menyumbang kepada peningkatan keputusan Sains. 


 Bagi kelas 3 Topez saya telah menjalankan :
  • Program Pop Kuiz
  • Program Sharp Shooter
  • Program Target A for Science
  • Program  Mentor Mentee
  • Gerak Gempur terancang
  • Program SMMM
 Bagi kelas 3 Intan saya telah menjalankan :
  •  Program Lulus Sains
  • Program 1,2 Gilap Sains
  • Gerak Gempur terancang
  • Program Saya Boleh
  • Bengel Teknik Menjawab
Usaha saya diteruskan pada tahun ini dengan penambahbaikkan. Semoga semua pelajar SMK Pantai mencapai kejayaan.

Selamat menduduki Ujian Pencapaian 1 (Bulan Mac) 2011

Salam  satu   Malaysia. Kepada semua pelajar SMK Pantai cikgu mendoakan supaya semua pelajar mendapat keputusan yang cemerlang dalam UP1. Diharapkan semua pelajar membuat persediaan yang rapi dan mengulangkaji sebelum mendududki UP 1.