SELAMAT DATANG

VISI GURU CEMERLANG SAINS

Semua pelajar di SMK Pantai cemerlang dalam matapelajaran Sains Tahun 2015.

MISI GURU CEMERLANG SAINS

Saya sebagai Guru Cemerlang Sains, sentiasa komited dan berusaha untuk mencemerlangkan akademik pelajar berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

MOTO GURU CEMERLANG SAINS

Pelajar Didahulukan, Kecemerlangan Diutamakan.

I did it and still improving it.
You can do it.
I will help you to do it.

Friday, September 11, 2015

INOVASI TAHUN 2015

JAM HAID 



Inovasi ini merupakan alat bantu mengajar yang boleh digunakan oleh guru sains tingkatan 3 dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Inovasi ini diberikan nama Jam Haid. Jam Haid digunakan untuk mengajar kitar haid dalam topik sains tingkatan 3. Berdasarkan pengalaman mengajar lebih 10 tahun, setiap kali apabila mengajar kitar haid, guru menghadapi masalah sebab murid kurang faham dan tidak dapat menggambarkan (visualize) kitar haid. Murid lelaki lebih sukar hendak memahami kitar haid sebab tidak mengalaminya berbanding murid perempuan. Walaupun gambar kitar haid dalam buku teks disediakan dan ada dalam cd, namun murid tidak dapat hands on dengan bahan tersebut. Berikutan masalah yang dihadapi, tercetus idea untuk menghasilkan Jam Haid bagi membantu murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Jam Haid mengandungi gambar, nota dan boleh dikendalikan oleh murid dalam kelas. Jam Haid mudah digunakan dalam kelas dan menggalakkan penglibatan murid secara aktif. Kos penghasilan tidak banyak sebab menggunakan bahan kitar semula. Jam Haid memberikan impak kepada prestasi murid. Dapatan daripada ujian pra dan ujian pos menunjukkan, berlaku peningkatan markah. Hasil borang refleksi menunjukkan murid setuju Jam Haid membantu mereka memahami kitar haid dan menarik minat belajar kitar haid. Penggunaan Jam Haid akan diperluaskan lagi di peringkat sekolah dan peringkat negeri kerana mendatangkan kesan positif.



 Objektif Inovasi

a)    Membantu murid memahami kitar haid.
b)    Menarik minat murid belajar kitar haid.

 Kumpulan Sasaran - Murid tingkatan 3











No comments:

Post a Comment